Streetdeal.my

Isnin, 5 Oktober 2015

MYDIYTRAVELS: DO-IT-YOUR OWN JOURNEY!




MYLIBUR.COM berevolusi lagi. Kali ini konsep baru diketengahkan selain meneruskan legasi menjadi AGENSI PELANCONGAN atau PUSAT SEHENTI PERJALANAN online anda. Sesuai dengan peningkatan konsep maka portalnya juga berubah wajah.

Pernah tak anda terfikir yang pada suatu hari nanti anda mampu merancang perjalanan atau percutian anda ke mana-mana sahaja di dunia ini secara DIY? Konsep DIY bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah lama dipraktikkan secara tidak disedari khususnya bagi mereka yang berani dan  suka mengembara secara solo atau telah biasa membuat tempahan online sebelum ini mengikut keperluan perjalanan masing-masing. 

Kini masanya telah tiba. Semakin ramai di luar sana yang mengamalkan konsep ini kerana ianya lebih bebas, fleksibel dan anda ada kuasa mengawalnya. Apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perjalanan / percutian anda ada semuanya di laman web MYDIYTRAVELS @ http://www.mydiytravels.weebly.com. Kalau ada kekurangan pun, kesnya agak terpencil dan mungkin tidak penting. Anda boleh perolehi banyak manfaat bergantung kepada cara mana anda menggunakan portal tersebut.

Paling best ia PERCUMA dilayari dan menawarkan harga MAMPU anda BAYAR. Himpunan laman-laman web yang dipilih adalah rakan-rakan AFFILIATE yang boleh menawarkan pakej yang menarik dan murah kepada orang ramai. Anda bayar terus kepada pembekal perkhidmatan yang anda pilih sendiri. Laman web MYDIYTRAVELS ini hasil tangan buatan Malaysia.

KINI SETIAP ORANG BOLEH MENGEMBARA!

Rabu, 1 Julai 2015

MyLibur.com - PELUANG KERJA DI RUMAH SAMBIL JANA PENDAPATAN

Konsep bekerja dari rumah bukanlah perkara baru di Malaysia. Konsep ini telah lama dipraktik sebelum zaman permulaan dan kemajuan IT lagi. Cuma ianya dilakukan secara tradisional seperti contoh menjual kuih-muih, nasi lemak bungkus, kerepek dan lain-lain lagi. Pada ketika itu penjualan dilakukan dari rumah ke rumah atau berniaga pada masa-masa tertentu di tepi-tepi jalan di lokasi yang strategik. Perniagaan tradisional tersebut masih lagi dilakukan sehingga kini.

Sejak bermula era IT sehingga kini, kerja dari rumah telah berevolusi banyak kali sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Budaya kerja dari rumah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan kos sarahidup yang semakin tinggi yang menjadi faktor utama. Selain daripada itu kesesakan lalulintas, pergi ke dan balik daripada tempat kerja dan tekanan beban kerja atau stress juga telah mendorong orang ramai mencari peluang kerja lain yang lebih fleksible, kurang stress dan dapat meluangkan banyak masa atau masa berkualiti bersama ahli keluarga masing-masing.

MyLibur.com adalah salah satu contoh daripada banyak-banyak pilihan kerja dari rumah. MyLibur.com hanya beroperasi dari rumah dan tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan ini. MyLibur.com hanya fokus kepada aktiviti agensi pelancongan yang dijalankan atas talian sahaja. Fungsi utama MyLibur.com ialah menghubungkan orang ramai dengan maklumat perjalanan yang mereka perlukan. Manakala tugas hakiki anda pula hanya membawa mereka ke laman sesawang MyLibur.com sahaja. Biarlah mereka yang melayarinya dan jika mereka berkenan, mereka boleh terus menempahnya. Di sini tidak ada orang tengah sebab orang ramai terus berurusan dan pembekal-pembekal atau penyedia-penyedia pengkhidmatan. Itu sebab banyak harga tempahan dapat dikurangkan dan pada hari-hari tertentu ada potongan harga lagi. Itulah konsep yang ingin MyLibur.com cuba perkenal dan perkembangkan ke dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Laman sesawang MyLibur.com boleh di'access' di mana-mana sahaja di dunia ini selagi ada kemudahan internet seperti wifi dan broadband serta laptop, tablet atau sekurang-kurangnya talipon pintar. Jadi pejabat anda boleh berada di mana-mana sahaja mengikut masa dan keselesaan anda. Anda adalah segala-galanya dalam perniagaan ini. Anda adalah bos dan anda juga adalah kuli. Jadi banyak penjimatan boleh dibuat jika anda berminat dengan peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjana pendapatan atau perniagaan online seperti MyLibur.com, bolehlah anda melayari laman sesawang  www. bandinghotels.com/hasni67.

Rabu, 24 Jun 2015

MyLibur.com - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Antara peranan yang dimainkan oleh MYLIBUR.COM adalah menghubungkan orang ramai dengan maklumat perjalanan yang mereka cari. Apabila mereka ingin kemana-mana, maklumat perjalanan boleh mereka perolehi di web MYLIBUR.COM. Tempahan juga boleh terus mereka buat di situ juga. MYLIBUR.COM adalah applikasi web yang MUDAH, PANTAS dan BERBALOI dilayari oleh sesiapa sahaja yang berhajat.

Fokus perkhidmatan MYLIBUR.COM buat masa ini hanyalah terarah sebagai PUSAT SEHENTI PERJALANAN ONLINE sahaja. Maksudnya lebih kurang begini, MYLIBUR.COM tidak menyediakan pakej yang lengkap seperti tempahan hotel dan kapalterbang termasuk lawatan di sesuatu tempat seperti yang lazim di lakukan oleh AGENSI PELANCONGAN. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan berasingan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun harga keseluruhan yang ditawarkan tidak mengecewakan malah kadang-kala lebih murah.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh MYLIBUR.COM pada asasnya adalah seperti berikut:-

  • Hotel - Tempahan bilik hotel untuk penginapan. Ada 2 pembekal perkhidmatan yang kami gunakan iaitu agoda.com dan hotelscombined.com. Kedua-dua mempunyai fungsi yang sama tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri. Boleh tempah bilik hotel di serata dunia.
  • Penerbangan - Tempahan tiket kapalterbang untuk penerbangan dalam negeri dan juga luar negara. Pilihan yang banyak di kalangan syarikat-syarikat penerbangan di serata dunia.
  • Cruise - Tempahan percutian menaiki kapal layar merentasi lautan sambil bergembira di dalam kapal dengan bermacam-macam permainan yang menarik. Pengalaman  menakjubkan yang sukar dilupakan.
  • Bas - Tempahan tiket bas express dalam negara termasuk Singapura dan sebahagian negara Thailand.
  • Kereta sewa - Tempahan pelbagai jenis kenderaan ringan untuk kegunaan anda apabila sampai ke destinasi. Tempat pengambilan dan pemulangan kenderaan yang mudah seperti di lapangan-lapangan terbang dan tempat-tempat tertentu di bandar-bandar besar.
  • Video - Perkhidmatan percuma untuk anda meninjau keadaan dan tempat-tempat serta aktiviti-aktivit menarik di negara yang anda ingin lawati sebelum anda membuat tempahan dan bayaran ke sana. 
  • Setor online - Pembelian barangan-barangan pengembaraan yang perlu daripada setor amazon.com untuk kemudahan perjalanan anda.

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti keretapi, feri dan homestay untuk kemudahan anda semua. Kami akan kemaskini web MYLIBUR.COM dari masa ke semasa. Semoga anda suka dengan perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada buat masa ini.